22 Desember 2021

Indonesia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cogan kata: Bhinneka Tunggal Ika  (Jawa Kuno)(“Bersatu padu dalam kepelbagaian”)Ideologi: Pancasila

Lagu kebangsaan: Indonesia RayaIbu negara

dan bandar terbesarJakarta6°10.5′S 106°49.7′E / 6.1750°S 106.8283°EBahasa rasmiBahasa IndonesiaBahasa kebangsaan yang DiiktirafBahasa IndonesiaBahasa-bahasa daerahBahasa JawaBahasa Sunda dan 743 Bahasa lainKumpulan etnik

(2010)40.22% Suku Jawa15.5% Suku Sunda44.28% merangkumi lebih 1,300 kumpulan etnik lainAgama

[1]86.70% Islam10.72% Kristian1.74% Hindu0.77% Buddha0.07% Lain-lainKerajaanRepublik kesatuan

• Presiden Joko Widodo (PDIP)

• Naib Presiden Ma'ruf AminPerundanganMajlis Musyawarah Rakyat (MPR)

• Dewan PertuananDewan Perwakilan Daerah (DPD)

• Dewan RakyatDewan Perwakilan Rakyat (DPR)

• Diisytiharkan 17 Ogos 1945

• RepublikIndonesia Syarikat (RIS) 27 Disember 1949

• (RIS) dibubarkan 17 Ogos 1950

• Jumlah1,904,569[2] km2 (735,358 bt2) (ke-14)

• Bancian 2020270,203,917[3] (ke-4)

• Kepadatan141/km2 (365.2/sq mi) (ke-88)KDNK (PPP)Anggaran 2019 

• Jumlah$3,750 trillion[4] (ke-7)

• Per kapita$13,960[4] (ke-95)KDNK (nominal)Anggaran 2021 

• Jumlah▲ $1.159 trillion[5] (ke-16)

• Per kapita▲ $4,256[5] (ke-104)Gini (2016) 39.0[6]sederhanaHDI (2019)▲ 0.718[7]tinggi · ke-107Mata wangRupiah Indonesia (Rp) (IDR)Zon masaUTC+7, +8, dan +9 (pelbagai)Format tarikhdd/mm/yyyyBahagian memanduKiriKod panggilan+62Kod ISO 3166IDDPT Internet.id

Republik Indonesia juga disebut Negara Kesatuan Republik Indonesia ataupunIndonesia ialah sebuah negara kepulauan terbesar di dunia [8] yang terletak di antara tanah besar Asia Tenggara dan Australia dan antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Indonesia bersempadankan Malaysia di Pulau Borneo, Papua New Guinea di Pulau Papua, dan Timor Leste di Pulau Timor. Negara jiran lain termasuklah Singapura, Filipina, Australia, wilayah India Kepulauan Andaman dan Nicobar, dan Palau. Ibu negara dan pusat pentadbiran Indonesia ialah Jakarta.

Dengan 18,108 pulau, Indonesia merupakan negara kepulauan terbesar di dunia. Dengan anggaran jumlah penduduk seramai 265 juta orang pada 2018,[9] ia merupakan negara keempat paling banyak penduduk dan negara berpenduduk Muslim yang terbesar di dunia. Indonesia merupakan sebuah republik, dengan parlimen dan presiden yang dipilih secara langsung.Sejarah

Di bawah pengaruh agama Hindu dan Buddha, beberapa kerajaan terbentuk di pulau Sumatera dan Jawa pernah mencapai kejayaannya dengan wilayah meliputi negara Malaysia dan pulau Mindanao semasa Majapahit sejak abad ke-7 hingga abad ke-14. Kedatangan pedagang-pedagang Arab dari Gujarat, India kemudian membawa agama Islam yang akhirnya menjadi agama terbesar.

Ketika orang-orang Eropah datang pada awal abad ke-16, mereka telah menemui beberapa negara kecil. Negara-negara kecil ini dengan mudah dikuasai oleh mereka yang ingin menguasai perdagangan rempah. Pada abad ke-17, Belanda muncul sebagai kuasa yang terkuat di antara negara-negara Eropah, mengalahkan British dan Portugis (kecuali untuk tanah jajahan mereka di Timor Timur). Belanda menguasai Indonesia sebagai tanah jajahan hingga Perang Dunia II, awalnya melalui Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), dan kemudiannya dijajah secara langsung oleh pihak Belanda sejak awal abad ke-19.

Semasa Perang Dunia II, Belanda dijajah oleh Jerman, manakala Jepun menguasai Indonesia. Setelah menawan Indonesia pada tahun 1942, pihak Jepun mendapati bahawa para pejuang Indonesia merupakan rakan perdagangan yang sudi bekerjasama dan bersedia mengerahkan pahlawan bila diperlukan. Soekarno, Mohammad Hatta, KH Mas Mansur, dan Ki Hajar Dewantara kemudiannya diberikan penghargaan oleh Maharaja Jepun pada tahun 1943.

Pada Mac 1945, pihak Jepun membentuk sebuah jawatan kuasa untuk kemerdekaan Indonesia; di bawah tekanan pertubuhan-pertubuhan pemuda, kelompok pimpinan Soekarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia selepas perang Pasifik berakhir pada tahun 1945 Soekarno menjadi Presiden pertama Indonesia dengan Mohammad Hatta sebagai naib presiden. Dalam usaha untuk menguasai kembali Indonesia, Belanda menurunkan angkatan tentera mereka. Usaha-usaha berdarah untuk membendung pergerakan kemerdekaan ini kemudian dikenali sebagai 'tindakan polis' (Actie Politioneel). Di bawah tekanan perlawanan rakyat dan tentera Indonesia, Belanda akhirnya menarik tenteranya pada 27 Disember 1949.

Pada tahun 1950-an dan 1960-an, Presiden Soekarno mengikuti gerakan berkecuali pada awalnya dan kemudian dengan blok sosialis, misalnya Republik Rakyat China dan Yugoslavia. Pada masa itu kekuatan ketenteraan Indonesia menjadi terbesar di Asia setelah Republik Rakyat China. Tahun 1960-an menyaksikan konfrontasi tentera terhadap Malaysia, negara jirannya yang dianggap sebagai negara bentukan Britain.

Jeneral Soeharto menjadi presiden pada tahun 1967 dengan alasan untuk mengamankan negara daripada ancaman komunisme terhadap Soekarno yang kini semakin lemah. Setelah Soeharto berkuasa, beratus-ratus ribu warganegara Indonesia yang disyaki memihak kepada komunis telah dibunuh. Tempoh pemerintahan Soeharto selama 32 tahun dinamakan Order Baru, dibandingkan dengan masa pemerintahan Soekarno yang disebut Order Lama.

Soeharto berjaya mendapatkan pelaburan luar negeri yang besar untuk Indonesia, dan menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang pesat, meskipun tidak merata, di Indonesia. Pada awal regim Order Baru, strategi ekonomi negara telah dibuat oleh sekelompok ahli ekonomi lulusan Fakulti Ekonomi Universiti California, Berkeley yang digelarkan "Kelompok Berkeley". Namun, Soeharto menambah kekayaan diri serta keluarganya melalui amalan rasuah yang meluas dan beliau akhirnya dipaksa melepaskan jawatannya setelah tercetusnya tunjuk perasaan secarabesar-besaran dan keadaan ekonomi negara yang semakin memburuk pada tahun 1998.

Dari 1998 hingga 2010, Indonesia mempunyai 4 presiden: Baharuddin Jusuf Habibie, Abdurrahman Wahid, Megawati Soekarnoputri dan Susilo Bambang Yudhoyono. Pada tahun 2014, Joko Widodo menjadi presiden Indonesia yang terkini.Geografi

Indonesia ialah sebuah negara yang mengandungi banyak pulau gunung berapi. Pulau Sangeang Api merupakan satu contoh.

Negara Indonesia terletak di antara:Latitud 6º U – 11º S dan Longitud 95º T - 141º TLautan Pasifik dengan Lautan HindiBenua Asia dengan benua Australia

Indonesia mempunyai 18,018 buah pulau yang tersebar di sekitar garisan khatulistiwa dan beriklim tropika. Hanya sekitar 7,000 buah pulau berpenghuni. Lima pulau yang terbesar ialah Pulau Jawa, Sumatra, Kalimantan, Sulawesi, dan Papua, dengan Pulau Jawa mempunyai setengah daripada jumlah penduduk Indonesia yang merupakan pulau yang terpadat.

Indonesia juga terletak di atas plat tektonik. Ini bermakna bahawa Indonesia sering mengalamigempa bumi dan tsunami. Kedudukan ini juga menyebabkan Indonesia memiliki sekurang-kurang 66 buah gunung berapi, termasuk Gunung Krakatau, sebuah gunung berapi yang paling terkenal di antara Sumatera dan Jawa, tetapi kini sudah hapus.

Flora dan fauna di Indonesia amat berbeza di antara Kalimantan, Bali dan pulau-pulau barat di satu bahagian serta Sulawesi, Lombok, dan pulau-pulau yang lebih timur di bahagian yang lain.Sempadan ekologi ini digelarkan Garis Wallace, sempena nama penemunya. Garis ini sering digunakan sebagai sempadan antara Asia dan Australasia dan oleh itu Indonesia merupakan sebuah negara dwibenua.Pembahagian PentadbiranProvinsi

Indonesia ialah negara yang terluas di Asia Tenggara. Untuk memudahkan pentadbiran, negara ini dibahagikan kepada 34 provinsi (satu Daerah Istimewa (DI), iaitu Daerah Istimewa Yogyakarta, dua daerah dengan autonomi khusus iaitu Papua dan Papua Barat, dan satu daerah autonomi khusus dan istimewa iaitu Aceh serta satu Daerah Khusus Ibu kota (DKI), iaitu Daerah Khusus Ibukota Jakarta Raya. Sebelum era Reformasi, Indonesia hanya memiliki 27 provinsi, dengan Timor Timur merupakan provinsi ke-27 pada Julai 1976. Bagaimanapun, Timor Leste telah pun memisahkan diri melalui pungutan suara menjadi negara Timor Leste pada 20 Mei 2002.

Indonesia sedang menjalankan autonomi untuk setiap negerinya dengan tujuanmemberikan peluang pembangunan yang sama rata di seluruh negara. Selain autonomi, pemerintah Indonesia kini sedang menjalankan prinsip pengagihan kuasa pusat untuk negeri-negerinya.

Yang berikut adalah senarai negeri di Indonesia :Bandar terbesar

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Anda Suka Olahraga Lari? Waspada, Kuku Kaki Bisa Lepas lalu Menghitam dan Dicabut!

  Anda Suka Olahraga Lari? Waspada, Kuku Kaki Bisa Lepas lalu Menghitam dan Dicabut! Hai teman-teman semua, mungkin anda sudah gak sabar i...